fbpx

Dua beradik maut ketika dalam perjalanan ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA beradik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Vellfire berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Puteh di Ipoh hari ini. Foto FACEBOOK HOWARD LEE

IPOH – Dua beradik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Puteh di sini hari ini.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Nur Amira Balqis Armi, 22, dan adiknya, Mohd. Amirul, 14.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Nur Amira yang bekerja di medan selera sebuah pasar raya di sini dalam perjalanan menghantar adiknya ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet.

Kejadian menimpa dua beradik tersebut dikongsikan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How menerusi akaun Facebooknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan akan membuat semakan berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI