fbpx

Di mana Bala, Puteri Rania?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bala (kiri) dan Puteri Rania Qalesya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dan remaja perempuan masing-masing berusia 57 dan 14 tahun dilaporkan hilang oleh keluarga mereka semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kes pertama melibatkan mangsa, S. S. Bala Murugan yang kali terakhir dilihat di Seksyen 19, di sini kira-kira pukul 9.20 malam kelmarin.

Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Sentul, Kuala Lumpur dari Petaling Jaya selepas tamat kerja.

“Lelaki itu berketinggian 1.66 meter (m) dan berat 75 kilogram (kg), berambut hitam lurus, hidung mancung, berkaca mata, bermisai dan berbadan gempal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Sea Park di talian 03-78742222,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrulnizam berkata, kes kedua membabitkan remaja bernama Puteri Rania Qaleysya Ibrahim yang kali terakhir dilihat berada di Projek Perumahan Rakyat Taman Putra Damai 1, Ara Damansara, di sini pada pukul 1.11 tengah hari semalam.

Remaja itu berketinggian 1.5m dengan berat badan 42kg, berkulit hitam manis, hidung mancung, bibir nipis, berbadan kurus dan bertudung.

Mana-maan individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Maliki Arifin di talian 013-8308485. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI