fbpx

[VIDEO] Cuaca di Mekah nyaman selepas dilanda hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana nyaman di Mekah selepas hujan lebat pada kelmarin. - Gambar hiasan

MEKAH – Cuaca di Mekah semakin nyaman selepas beberapa lokasi termasuk kawasan berhampiran Masjidilharam dilanda hujan lebat pada kelmarin.

Mutawif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Wan Batdron Mohd Hanafiah berkata, suhu di tanah suci itu pada pagi semalam adalah 17 darjah Celcius.

“Hujan lebat bermula pukul 12.15 tengah hari hingga kira-kira pukul 2.30 petang (waktu Arab Saudi) kelmarin (6 Januari) mengakibatkan banjir kilat.

“Antara lokasi terjejas termasuk kawasan yang terletak kira-kira 600 meter dari Masjidilharam iaitu di Misfalah, Jalan Ibrahim Khalil,” katanya di sini.

Menurutnya, kebiasaannya banjir berlaku di kawasan berkenaan disebabkan sistem perparitan.

“Pihak berkuasa di sini bertindak pantas termasuk menyedut air ke dalam lori tangki. Dalam pengetahuan saya, tiada jemaah Malaysia yang terjejas dalam kejadian banjir tersebut,” ujarnya.

Kota suci Mekah dilanda cuaca ekstrem menyebabkan sebilangan kawasan ditenggelami banjir, lapor akhbar Metro UK.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kawasan-kawasan kejiranan sebahagiannya tenggelam di tengah-tengah hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI