fbpx

Bulan Bintang cari model baju raya, Tok Ram jadi juri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Ram dengan Jalaluddin

PETALING JAYA – Sempena 10 tahun Bulan Bintang di pasaran, jenama fesyen baju Melayu terkenal ini mengadakan kempen Bulan Bintang Next Top Model.

Menariknya, kempen ini memberi peluang untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas menonjolkan bakat terpendam dalam bidang peragaan.

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, penyertaan awal orang ramai akan dinilai serta dijurikan oleh pengarah muzik popular dan juri tetap program Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS atau dikenali Tok Ram selain pelakon, Joey Daud dan Nadhir Nasar.

“Sesi uji bakat akan dinilai oleh juri dan daripada 30 peserta, hanya 15 yang akan dipilih berjalan di pertunjukan fesyen Bulan Bintang di mana akhirnya tiga orang peserta akan memenangi hadiah utama.

“Tempat pertama bakal memenangi RM10,000 manakala RM5,000 bakal dihadiahkan kepada naib juara dan pemenang tempat ketiga pula bakal memenangi RM3,000.

“Penilaian adalah berdasarkan 50 peratus markah juri dan 50 peratus markah pula berdasarkan undian penonton yang mengikuti kempen Bulan Bintang Next Top Model di TikTok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azim menambah, penyertaan kepada orang ramai yang berusia 40 tahun atas sebab tersendiri kerana setiap tahun pihaknya mendapat banyak permintaan peminat yang mahu menjadi model.

“Untuk kelainan, kami mahu mencari model berusia 40 tahun ke atas untuk berjalan ‘catwalk’ atas pentas pertunjukan fesyen Bulan Bintang dan ereka yang berminat boleh hantarkan penyertaan menerusi akaun TikTok,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI