fbpx

Arwah suka berseloroh, melawak dengan keluarga, rakan-rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorelieena menunjukkan gambar MyKad dan lesen memandu milik arwah yang diviralkan di media sosial.

BENTONG – Seorang wanita mengakui hanya mengetahui kemalangan maut yang menimpa adiknya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (LPT1) di sini kelmarin melalui media sosial selepas kad pengenalan dan lesen memandu mangsa ditularkan bagi mengesan waris.

Noorelieena Mokhtar, 45, berkata, dia kemudian dimaklumkan menerusi aplikasi Whats­App oleh seorang lagi adiknya di Johor Bahru mengenai kejadian yang menimpa Allahyarham Norazuat Mokhtar, 39.

“Adik bongsu beritahu berita kemalangan itu telah viral (tular) di media sosial yang turut menyertakan sekali gambar kad pengenalan (MyKad) dan lesen memandu arwah.

“Sebaik mengetahui perkara itu, saya bersama suami bergegas dari kediaman kami di Gombak ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Bentong di sini semalam.

Noorelieena berkata, Allahyarham Norazuat yang merupakan anak keempat daripada lima beradik bekerja sebagai pemandu lori sejak lebih 10 tahun lalu.

“Pada Oktober lalu, arwah sempat tinggal dengan saya sekejap di Gombak sebelum berpindah ke Taiping, Perak. Arwah baru tiga bulan bekerja sebagai pemandu treler di syarikat baharu yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Tambahnya, arwah merupakan seorang yang suka berseloroh dan gemar melawak dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

“Selepas emak dan ayah me­ninggal dunia, kami rapat sesama adik-beradik. Jadi, pemergian arwah ini pasti memberi kesan terhadap ahli keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI