fbpx

Anak Kelantan urus ladang kurma asli terbesar di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKRAM (kanan) ketika bertemu dengan jemaah umrah Malaysia di Madinah semalam.

MADINAH – Ketenangan di bumi Madinah membuatkan seorang anak kelahiran Kelantan jatuh cinta kepada kota suci itu, seterusnya membuat keputusan untuk menetap di situ sejak lima tahun lalu.

Keputusan tersebut membuka peluang kepada Mukram Faiz Mohammad, 45, untuk menceburi perniagaan buah kurma selaku Pengurus Besar Ladang Kurma Aryaf Taibah iaitu ladang kurma terbesar di Kota Madinah Al-Munawwarah.

Kata Mukram, dia pada awalnya bertugas dengan syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) di Mekah dan Madinah dari tahun 2012 hingga 2020.

“Pada 2020 ketika Covid-19 melanda, saya dan isteri buat keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia. Saya nekad untuk tinggal di sini kerana jatuh cinta dengan ketenangan di bumi Madinah ini yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

“Waktu itu saya cari jalan untuk terus tinggal di sini dengan mendapatkan kurma dari kilang-kilang untuk dihantar ke Malaysia,” katanya ketika ditemui di ladang kurma tersebut, malam tadi.

Katanya, pada masa sama dia bertemu seorang sahabat daripada keluarga yang mengusahakan ladang kurma dan be­kerjasama dengan mereka untuk memasarkan kurma sepanjang pandemik Covid-19 itu.

“Saya bersama dengan ladang ini sebab pada tahun itu mereka tidak dapat habiskan kurma. Setiap ladang mesti habiskan kurma, kalau tidak habiskan sukar nak simpan kerana akan meningkatkan kos.

“Ladang akan hantar kurma ke mana sahaja, janji habis dan antaranya kita hantar ke Malaysia, Pakistan dan Albania. Hasil tuaian kira-kira 80 tan setahun dan boleh dikatakan separuh daripada hasil tuaian dihantar ke Malaysia,” ujarnya.

Katanya, kebiasaannya kurma dari ladang itu akan dihantar ke Malaysia menggunakan dua kontena setiap tahun dengan satu kontena berisi 24 tan buah.

Kata Mukram, operasi ladang dengan lebih 2,000 pokok kurma diuruskannya itu masih dilakukan secara tradisional sehingga dituai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI