fbpx

56 penerbangan helikopter bomba bawa pesakit ke hospital sepanjang 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Udara JBPM melaksanakan sebanyak 56 penerbangan Medevac meliputi 100 jam bagi membantu membawa pesakit ke hospital sepanjang tahun lalu. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan sebanyak 56 penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu membawa pesakit untuk menerima rawatan di hospital sepanjang tahun lalu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara, Mohd. Ruzaidi Ramlee berkata, operasi penerbangan itu melibatkan tiga pangkalan udara yang berpusat di Pangkalan Wilayah Tengah, Subang di Selangor, Pangkalan Wilayah Utara, Bertam (Pulau Pinang) dan Pangkalan Wilayah Sarawak, Miri (Sarawak).

Katanya, secara keseluruhannya, sebanyak 100 jam penerbangan untuk operasi Medevac tahun lalu.

“Daripada jumlah 56 penerbangan itu, sebanyak 36 penerbangan meliputi 60 jam dilaksanakan di kawasan Gua Musang untuk mengambil pesakit Orang Asli yang tidak dapat keluar menggunakan jalan darat.

“Operasi penerbangan di Gua Musang paling banyak kerana terdapat 20 perkampungan dan pos Orang Asli di kawasan pedalaman. Selebihnya, operasi Medevac turut dilakukan di Langkawi, Kedah dan pedalaman Miri, Sarawak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Ruzaidi memberitahu, bentuk muka bumi di Gua Musang yang kebanyakannya setinggi bukit hampir 1,000 meter memberi cabaran kepada anggota dalam melakukan operasi Medevac.

Katanya, selain operasi Medevac, Unit Udara JBPM turut melakukan operasi kebombaan seperti pemadaman kebakaran hutan, kerja penyelamatan mencari dan menyelamat (SAR), khidmat khas logistik dan tinjauan udara serta latihan payung terjun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI