fbpx

Muay thai untuk pertahankan diri, bukan pukul suami – Zahnita Wilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahnita mengakui dia pernah mempelajari sukan muay thai tetapi menjelaskan kemahiran itu digunakan untuk mempertahankan diri.

PETALING JAYA – Pelakon dan model Zahnita Wilson menafikan tuduhan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka seperti dilaporkan sebuah portal hiburan.

Zahnita, atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, turut mengakui dia pernah mempelajari sukan muay thai tetapi menjelaskan kemahiran itu digunakan untuk mempertahankan diri.

“Saya menafikan segala tuduhan tersebut, saya tak pernah pukul dia (suami).

“Ya, saya memang belajar muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri.

“Saya akan menghadiri sesi latihan muay thai tidak lama lagi. Ada yang mahu turut serta atau sesi ‘one-on-one’?” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Terdahulu, Abdul Zackery mendakwa dirinya sering menjadi mangsa perlakuan ganas Zahnita selain turut menafikan tuduhan bahawa dia pernah memukul isterinya.

Menurutnya, pergaduhan antara mereka pada November lalu bermula selepas Zahnita menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.

Rumah itu digunakan untuk perniagaan makanan yang diusahakan Zahnita sejak awal tahun 2024.

“Dia mula mengabaikan keluarga, termasuk kebajikan anak-anak. Saya hanya mahu dia memberi perhatian kepada keluarga, terutama anak bongsu kami yang mengalami masalah autisme,” ujarnya.

Zahnita sebelum ini memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024 selepas berkongsi gambar mata lebam dalam Instagram sehari sebelum itu.

Dia mendakwa kecederaan itu berpunca daripada kekasaran suaminya.

Susulan laporan tersebut, Abdul Zackery ditahan polis untuk siasatan dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Zahnita di Mahkamah Majistret Kuantan.

Ini bukan kali pertama Zahnita memohon cerai. Pada 2013, dia pernah memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum menarik semula kes selepas dipujuk suaminya.

Zahnita dan Abdul Zackery berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat anak, iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI