fbpx

Warga asing kena kepung di pasar borong George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi di Pasar Borong Daerah Timur Laut, kelmarin.

GEORGE TOWN – Seramai 28 warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan awal pagi kelmarin di Pasar Borong Daerah Timur Laut di sini.

Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), operasi bermula pukul 3 pagi itu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang bersama MBPP menyasarkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan dan pekerja asing.

Katanya, pihak berkuasa terlebih dahulu mengepung seluruh kawasan serta mengawal pergerakan pekerja warga asing untuk diperiksa.

“Daripada 57 individu warga asing yang diperiksa, 28 ditahan kerana melanggar undang-undang di bawah Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c), dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau menyalahgunakan pas lawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu turut menyaksikan sebuah syarikat perniagaan bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pekerja warga asing tanpa dokumen sah.

Katanya, MBPP melalui Jabatan Pelesenan telah mengeluarkan enam Notis Tawaran Kompaun (NTK) atas pelbagai kesalahan.

“Antaranya ialah empat NTK di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Establisymen Makanan MBPP 1991 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah, dan dua NTK di bawah UUK 5, UUK Iklan MPPP 2000 kerana mempamerkan papan iklan tanpa kebenaran.

“Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak majlis dan Jabatan Imigresen untuk memastikan aktiviti perniagaan di negeri ini mematuhi undang-undang.

“Kami tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran peraturan yang menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam,” katanya.

Tambahnya, operasi bersepadu itu akan diteruskan pada masa hadapan bagi memantau dan mengawal aktiviti perniagaan yang melibatkan warga asing di Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI