PETALING JAYA – Seorang nenek mencuri perhatian apabila setia menunggu di luar dewan peperiksaan sambil membaca surah Yasin dan berzikir sebagai tanda sokongan kepada cucunya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @_S@ihsan, wanita itu kelihatan duduk bersendirian di sebuah kerusi di luar dewan peperiksaan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, Perak sambil membaca surah Yasin dari sebuah buku kecil.
Hantaran itu telah meraih perhatian dan pujian daripada pengguna media sosial yang rata-rata tersentuh melihat kasih sayang serta pengorbanan wanita tersebut demi memberikan semangat kepada cucunya.
“Mungkin nenek ini yang menjaga dan membesarkan cucunya. Moga nenek sihat selalu dan cucu berjaya cemerlang,” doa Nayeilza.
“Rindunya dekat nenek. Dulu sehari sebelum SPM, telefon nenek minta maaf dan minta restu. Macam-macam nasihat dia bagi macam baca doa sebelum jawab kertas tapi sekarang nenek dah tak ada,” luah Iyra.
“Walaupun cucunya tak cemerlang mana nanti, percayalah akhlak cucu tersebut sgt mulia,” ujar Putri Sufi. – KOSMO! ONLINE
@c_s.ihsan cucu dalam dewan peperiksaan SPM..nenek menunggu di luar baca yassin dan zikir utk cucu. #foryou #foryoupage #fyp #mrsmlenggong ♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92