PETALING JAYA – Seorang wanita bersama rakan-rakannya terkejut besar apabila ombak ‘tak diundang’ tiba-tiba membadai masuk ke dalam kereta mereka ketika memandu berdekatan pantai.
Menerusi sebuah perkongsian oleh @Anahi di TikTok, mereka dilihat sedang menikmati pemandangan sebelum salah seorang rakannya menurunkan tingkap untuk melihat pemandangan dengan lebih jelas.
Beberapa saat kemudian, ombak besar melambung tinggi ke arah mereka dan air laut memenuhi ruangan dalam kereta kerana kedua-dua tingkap kanan bahagian depan dan belakang terbuka.
Mereka terkejut dan cuba mengelak, namun tetap dibasahi air laut yang deras, membuatkan suasana menjadi kelam-kabut seketika.
Hantaran itu telah meraih perhatian dan gelak tawa daripada pengguna media sosial yang terhibur melihat kejutan ombak tidak diundang itu.
“Mandi laut pun dah ada drive-thru (pandu lalu),” komen Ieyda Baharudin.
“Mudah sungguh zaman sekarang eh. Mandi laut pun tak payah keluar kereta,” ujar Asyraf Aman.
“Pepatah ada mengatakan, kalau takut disimbah ombak, jangan berkereta dengan cermin terbuka di tepi pantai,” usik Reizz. – KOSMO! ONLINE
@anahi_dayi Un día normal en la playa y cuando #sanjacinto #playa #paratiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ♬ sonido original – Anahi