PETALING JAYA – Lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2026, Malaysia Truly Asia, yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri, mendapat sambutan hangat daripada peminat di media sosial.
Lagu yang bersemangat dan penuh patriotik ini kini mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengguna media sosial.
Ramai yang menyambut baik lagu ini dan ada yang menyamakan kehebatannya dengan lagu Cuti-Cuti Malaysia yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2007.
Di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa teruja dan memuji suara Ernie Zakri yang sungguh merdu dalam lagu tersebut.
Vokal beliau yang penuh perasaan dan teknik yang mantap menjadikan lagu ini lebih istimewa.
“Sedap dan merdu nyanyian dua bintang negara ini. Selayaknya. Pilihan tepat untuk mempersembahkan lagu tema Tahun Melawat Malaysia,” kata @missadriannamy di Twitter.
Bukan itu sahaja, peminat juga kagum dengan lontaran suara Ernie yang kuat dan mengagumkan.
“Love (suka) teruk ye lontaran suara Ernie tu. Voice projection (unjuran suara) macam tiada lagi esok! Letup, kemain lagi Ernie ye,” komen @wagyusedap, yang teruja dengan tenaga vokal penyanyi itu.
Seorang lagi peminat, @heysyahir, berkata, “Dua-dua ada jiwa dan sedap merdu. Buat saya meremang bila dengar,” menunjukkan betapa lagu ini mampu menyentuh hati pendengarnya.
Bukan itu sahaja, kebanyakkan pengguna media sosial bersetuju bahawa Ernie Zakri merupakan pilihan yang tepat untuk mewakili semangat dan keindahan Malaysia dalam lagu tema ini. – KOSMO! ONLINE
Lagu Tema Tahun Melawat Malaysia dalam dua versi daripada dua Diva 👑
Cuti-Cuti Malaysia – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Malaysia Truly Asia – Ernie Zakri
— Ernienators Updated (@ezupdated) January 6, 2025