fbpx

Tauke kedai cetakan guna mesin cetak tanpa lesen didenda RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (tiga dari kanan) keluar dari kamar mahkamah selepas didenda RM2,500 atas kesalahan menggunakan mesin pencetak tanpa lesen sah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pemilik premis kedai cetakan yang menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tiga bulan lalu didenda RM2,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman itu selepas Orang Kena Saman (OKS), Azam Hashim, 37, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Beliau turut memerintahkan Azman dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Azam didapati menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah daripada KDN pada pukul 10.45 pagi, 22 Oktober 2024.

Perbuatan itu didakwa dilakukan OKS di di premis perniagaannya di Jalan Sulaimani, Chukai di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang
memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehinggga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Azam dalam pembelaannya merayu agar dikenakan denda minimum berikutan pendapatannya kurang RM2,000 sebulan selain perlu menanggung lima orang anak yang masih bersekolah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan KDN, Hardigor Hodin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI