fbpx

Seorang maut ditembak di bangunan konsulat Honduras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyiasat di lokasi kejadian. - Channel2Now

ATLANTA, GEORGIA – Seorang maut, manakala satu lagi cedera selepas seorang suspek melepaskan tembakan di tempat letak kereta bangunan Konsulat Jeneral Honduras dekat bandar Atlanta petang semalam (waktu tempatan), lapor saluran berita Fox News.

Jabatan Polis Doraville, negeri Georgia berkata, pegawainya bertindak balas selepas menerima laporan kejadian tembakan kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan).

Apabila pegawai tiba, mereka mendapati seorang mangsa mati akibat kesan tembakan.

Pegawai turut menemui individu kedua yang cedera, dan dia dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Polis berkata, seorang suspek lelaki telah ditahan dan dia kini disoal siasat oleh penyiasat di ibu pejabat polis.

FOX 5 di Atlanta melaporkan bahawa konsulat itu berada di kompleks perniagaan Peachtree Industrial Boulevard di Doraville.

Katanya, tidak jelas sama ada mangsa berada di tempat letak kereta untuk melawat konsulat tersebut atau perniagaan lain yang berdekatan.

Polis tidak mendedahkan nama suspek yang terlibat ketika ia meneruskan siasatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI