fbpx

‘Scammer’ berani perdaya mangsa guna talian hotline polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Sindiket penipuan ‘scammer’ dikesan menggunakan talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi memperdayakan mangsa berkaitan kes polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Maslan Udin berkata, pihaknya ingin menaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat kes penyalahgunaan talian hotline IPD Port Dickson bernombor 017-6001411 oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

“Modus operandi yang dikenal pasti ialah panggilan palsu menggunakan talian IPD Port Dickson bagi tujuan memperdaya mangsa berkaitan kes-kes kesalahan trafik dan sebagainya.

“Pihak polis ingin menegaskan bahawa talian hotline (017-6001411) hanya digunakan untuk urusan rasmi dan tidak akan digunakan untuk membuat panggilan telefon kepada orang ramai serta tidak digunakan untuk meminta maklumat kewangan peribadi atau melibatkan sebarang transaksi kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak yang tidak dikenali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI