fbpx

Sarawak dibadai hujan lebat, angin kencang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk ini bakal melanda beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik dilaporkan berlaku di seluruh Semenanjung negara termasuk sekitar Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca, atau media sosial mereka bagi sebarang perubahan cuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI