fbpx

PM Singapura diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wong memeriksa Kawalan Kehormatan Utama ketika lawatan rasmi bersempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di sini tadi sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini.

Ketibaan Wong disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar pukul 9.50 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta anggota Jemaah Menteri dan pengurusan tertinggi kerajaan.

Turut hadir isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Wong, Loo Tze Lui.

Wong kemudian turut memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Ini adalah lawatan kali kedua Wong ke Malaysia sejak menjawat jawatan itu pada 15 Mei 2024 yang mana lawatan pertamanya pada 11 Jun tahun lalu.

Lawatan rasmi dua hari Wong ke negara ini adalah sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (11 th Malaysia-Singapore Leaders’ Retreat – ALR) yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Semasa lawatan tersebut, kedua-dua pihak dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia -Singapura serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI