PETALING JAYA – Kental dengan penampilan berani mati, pelakon penyanyi sensasi, Nonny Nadirah memuatnaik sebuah video menyanyikan lagu bahasa Arab dengan hanya dengan bercoli hitam dan bertopi.
Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 35, berkata dia kini sedang belajar mendendangkan lagu berbahasa Arab.
“Belajar lagu Arab jap (sekejap),” kongsinya dalam hantaran dalam Instagram.
Seakan-akan menyedari hantaran tersebut bakal dihujani kecaman, bekas peserta Akademi Fantasia musim lima itu bertindak menutup ruangan komen seperti dilakukan dalam hantaran terdahulu.
Turut mengkaburkan bahagian atas payudaranya, namun masih jelas kelihatan lurah serta baju dalam atau bra seolah-olah sengaja mahu ‘belanja’ pengikut.
Dia juga sempat mengangkat tangan sekali gus menampakkan bahagian bawah lengannya yang cerah.
Ini bukan kali pertama Nonny berkongsi video berbaur lucah kerana dia pernah memuat naik video hanya berkemban dengan tuala dan kain keffeyah selain berkongsi aksi mandi di bawah pancuran.
Menjengah ke Instagramnya, penampilan dengan coli juga dilakukan ketika mempromosikan sambal pada 4 Januari lalu.
Terdahulu, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu juga berani menunjukkan klip duduk mencangkung hingga nyaris menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.
Nonny sebelum ini mendakwa berdepan dengan gangguan sihir sehingga wajahnya senget sebelah sekitar tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE