fbpx

MotoGP: Honda yakin genggam podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONDA percaya musim 2025 menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa buat pasukan itu selepas mengharungi kesukaran sejak beberapa musim lalu. - FB HONDA RACING CORPORATION

MADRID – Honda sedia melupakan mimpi ngeri sepanjang kempen 2024 bagi mengharungi aksi lebih cemerlang menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang dijadualkan bermula penghujung Februari depan.

Ketua Pasukan Honda, Alberto Puig melaungkan keazaman mereka tidak akan mudah mengalah dan sedia untuk kembali menjadi salah sebuah pasukan yang mampu mencabar takhta kejuaraan dunia, sama seperti ketika era kegemilangan.

Puig berkata, mereka sudah pun melakukan pelbagai alternatif bagi meningkatkan kemampuan jentera pada saingan musim lalu, namun hasilnya tetap mengecewakan sehingga menyaksikan penaja utama, Repsol ‘angkat kaki’.

“Pada saingan 2024 yang lalu, ia bukanlah musim yang terbaik untuk kami kerana berdepan banyak dugaan. Kami cuba melakukan banyak perubahan, tetapi hasilnya tidak seperti yang dijangka.

“Menjelang musim 2025, kami masih sedang belajar dan membangunkan jentera. Walaupun kehilangan penaja besar seperti Repsol, namun keinginan kami untuk menang tidak pernah padam,” katanya.

Beliau percaya, sekiranya mereka terus bekerja keras selain dibantu semangat juang pelumba-pelumba, Honda tidak memerlukan masa yang lama untuk kembali menggegarkan arena sukan permotoran dua roda itu.

“Apa yang penting sekarang adalah kami tidak boleh mengalah dan berputus asa. Semua orang dalam pasukan ini masih optimis kami akan menemui jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi,” ujar Puig. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI