fbpx

Mayat wanita, bayi baru lahir berpelukan tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KULAI – Seorang pejalan kaki terkejut selepas menemui mayat seorang wanita yang sedang memeluk bayi yang masih bertali pusat di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana di sini, hari ini.

Kedua-dua mayat itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi sebelum saksi memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketika ditemui, wanita itu ditemui tidak bertudung dan rambut berwarna selain memakai baju bercorak kotak-kotak dipercayai warganegara Indonesia.

Menurut sumber, siasatan lanjut turut melihat jika kejadian itu mempunyai unsur jenayah, namun tiada tanda darah atau kecederaan lain pada mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee mengesahkan penemuan dua mayat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI