fbpx

Mangsa kebakaran terima bantuan kewangan RM132,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz Fadzil menyampaikan replika cek sumbangan kepada keluarga nelayan yang menjadi mangsa kebakaran di Tanjung Dawai, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Seramai 12 keluarga nelayan yang menjadi mangsa kebakaran di Tanjung Dawai pada Ahad lalu, menerima bantuan kewangan segera berjumlah RM132,000, dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),hari ini.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan kewangan itu bagi meringankan beban mangsa untuk mendapatkan rumah sewa sementara setelah hilang tempat tinggal akibat kebakaran itu.

Katanya, pihaknya dimaklumkan terdapat sebanyak 14 rumah yang terlibat dalam kebakaran tersebut dan 12 daripada mereka adalah keluarga nelayan.

“Jadi bagi bidang kuasa LKIM…kami telah menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga nelayan yang terjejas dengan bantuan sebanyak RM11,000 bagi setiap seorang.

“Dengan bantuan ini, kita cadang supaya mangsa-mangsa ini cari rumah sewa buat sementara waktu sementara kita uruskan hal-hal membabitkan penempatan baharu,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Choong Cheng, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini pihak LKIM telah mengadakan perbincangan awal dengan kerajaan negeri mengenai penempatan semula mangsa kebakaran.

Katanya, pihaknya juga akan membantu membuat semakan status kekosongan rumah nelayan berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI