fbpx

Malaysia sokong komitmen Indonesia meneruskan pelaksanaan biodiesel B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya lori berkuasa hidroulik dibenarkan mangangkut buah sawit.

KUALA LUMPUR – Malaysia menyokong sepenuhnya komitmen kerajaan Indonesia untuk meneruskan pelaksanaan campuran biodiesel mandatori 40 peratus dengan bahan api berasaskan minyak sawit atau B40 pada tahun ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu telah memberikan sokongan besar kepada industri minyak sawit, memandangkan penggunaan domestik terhadap biodiesel mengurangkan tekanan ke atas pasaran global.

“Indonesia menghasilkan sekitar 48 juta metrik tan minyak sawit setiap tahun, dan hampir 25 peratus daripada jumlah itu digunakan untuk pengeluaran biodiesel.

“Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada Indonesia atas sumbangan besar mereka kepada pasaran minyak sawit global,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) antara FGV Holdings Berhad dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, hari ini.

Beliau juga menekankan beberapa kesan positif berikutan keputusan yang diambil kerajaan Indonesia itu terhadap harga minyak sawit dunia.

“Bayangkan jika 25 peratus daripada minyak sawit yang digunakan untuk biodiesel itu dihantar ke pasaran global. Harga akan tertekan dengan lebihan bekalan.

“Indonesia kini berada di tahap penggunaan biodiesel B40, jauh lebih tinggi berbanding Malaysia yang masih pada tahap B10. Ini adalah peluang bagi kita untuk belajar dan memperkukuh dasar serta inovasi dalam industri biodiesel, selaras dengan potensi besar yang dimiliki Malaysia dalam sektor ini,” jelasnya.

Ketika ini Indonesia yang merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia, menggunakan B35 iaitu campuran 35 peratus biodiesel berasaskan minyak sawit.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa kerajaan Indonesia menangguhkan pelaksanaan campuran wajib biodiesel yang lebih tinggi iaitu B40 yang sepatutnya dimulakan pada 1 Januari lalu.

Hal ini kerana para peserta industri sedang menunggu butiran teknikal peraturan baharu tersebut yang menimbulkan kekeliruan salam kalangan pedagang minyak sawit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI