fbpx

Malaysia sedia hidupkan HSR, tapi dengan penyertaan penuh sektor swasta – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, namun dengan pembabitan penuh sektor swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan ketika ini masih menunggu tawaran positif daripada sektor swasta bagi meneruskan projek itu apabila diperlukan kelak.

“Pendirian kerajaan jelas iaitu menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam projek itu kerana kerajaan mempunyai batasannya (dari aspek kewangan).

“Kami telah meletakkan isu pembasmian kemiskinan, mitigasi banjir, infrastruktur asas, pendidikan, dan kesihatan awam sebagai keutamaan kami sekurang-kurangnya untuk satu atau dua tahun akan datang.

“Oleh itu, projek mega akan ditangguhkan kerana komitmen utama ketika ini ialah menyelesaikan beberapa isu penting berkaitan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan dan kemiskinan,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI