fbpx

Lebih 30 juta rakyat Sudan perlukan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kem pelarian perang di Gedaref. - Foto AFP

KHARTOUM – Lebih 30 juta rakyat Sudan dengan lebih separuh daripada mereka kanak-kanak memerlukan bantuan selepas mengharungi perang saudara selama 20 bulan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti laporan laman berita Arab News semalam.

PBB  melancarkan gesaan untuk mengumpul dana AS$4.2 bilion (RM18.93 bilion) untuk membantu 20.9 juta daripada 30.4 juta rakyat Sudan.

Angka itu mewakili penduduk yang mengharungi krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sudan telah hancur dan  di ambang kebuluran disebabkan oleh perang yang meletus pada April 2023 antara pihak tentera dan militia dikenali sebagai  Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Berpuluh-puluh ribu  orang  terbunuh dan lebih lapan juta lagi hilang tempat tinggal akibat perang saudara Sudan.

Seramai 2.7 juta orang pula hilang tempat tinggal sebelum perang meletus. Sudan kini terjerumus ke dalam krisis pelarian dalam negara terbesar di dunia.

Seramai 3.3 juta lagi pelarian merentasi sempadan Sudan untuk melarikan diri daripada  perang.

Kebuluran telah diisytiharkan di lima kawasan di Sudan. Kebuluran dijangka melanda lima lagi kawasan menjelang Mei ini dengan 8.1 juta orang berada di ambang kebuluran.

Kedua-dua tentera Sudan dan RSF dituduh menggunakan kelaparan sebagai senjata perang di negara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI