fbpx

Kunjungan pemimpin Singapura penting dan cukup bermakna – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mengadakan pertemuan hari ini

PETALING JAYA – Kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dan pemimpin-pemimpin negara itu ke Malaysia merupakan kunjungan yang penting serta cukup bermakna buat kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kunjungan tersebut tatkala hubungan dua hala Malaysia-Singapura menginjak usia enam dekad tahun ini.

“Kedua-dua negara komited untuk mempererat persahabatan dan persefahaman yang terjalin sejak sekian lama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura pagi ini dimulakan dengan meraikan Tamu Kenegaraan
Lawrence Wong dan delegasi

Menurut beliau, ia melibatkan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.

“Usai istiadat, saya dan PM Lawrence sempat mengadakan pertemuan singkat sebelum kami mengetuai delegasi masing-masing dalam Mesyuarat Terhad Malaysia-Singapura (ALR)

“Bagi berbincang dan merungkai beberapa isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara sahabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI