fbpx

Kerjasama Petronas, Beicip mulakan kajian teroka sumber di Lembangan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petronas melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) telah bekerjasama dengan Beicip Franlab Asia (Beicip) telah memulakan Kajian Lembangan Bersepadu untuk meneroka sumber yang belum diteroka di Lembangan Melayu yang terletak di perairan Semenanjung Malaysia.

Kajian tersebut memanfaatkan teknologi pembelajaran mesin dan model kehadapan 4D untuk menganalisis reka bentuk bawah permukaan di  kedua-dua sisik lembangan dan takungan.

Ia memfokuskan kepada ramalan migrasi hidrokarbon dan juga perangkap dengan memanfaatkan data besar daripada Lembangan Melayu.

Pengurus Kanan Penerokaan Sumber MPM, Azmir Zamri berkata, Lembangan Melayu sering dianggap sebagai matang, tetapi masih mempunyai potensi yang belum diteroka seperti mana yang ditunjukkan kepada penemuan Bunga Astar dan juga Bekok Deep.

“Melalui kerjasama dengan Beicip  terhadap Kajian Lembangan Bersepadu dan inisiatif geofizik yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dengan Earth Science Analytics, kami menyasarkan untuk mentakrifkan semula apa yang berkemungkinan dan juga membuka peluang baharu dalam rantau yang prolifik ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut beliau, Petronas kekal komited untuk memastikan bekalan tenaga yang optimum dan juga mampan dengan MPM memainkan peranan utama untuk menguruskan pengaturan petroleum serta menyelia aktiviti petroleum huluan di Malaysia.

Sejak tahun 1970an, Lembangan Melayu telah menghasilkan lebih daripada sembilan bilion  tong serata minyak membolehkan ia mencapai status sebagai super lembangan.

Melalui aktiviti penerokaan baru-baru ini telah menemui penemuan baharu yang penting dengan meletakkannya sebagai pemain utama dalam pembangunan tenaga mampan.

Selain hidrokarbon, lembangan tersebut menawarkan peluang berpotensi untuk pemerangkapan dan penyimpanan karbon, sekali gus meletakkan ia sebagai pemain utama dalam pembangunan tenaga mampan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI