fbpx

Kerajaan negeri Perak bantu percepat proses perolehan CF bangunan baharu SJKT Ladang Ayer Tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanesan (kanan) meninjau bangunan SJKT Ladang Ayer Tawar di Sitiawan yang terlibat kebakaran semalam.

LUMUT – Kerajaan negeri Perak akan memohon kepada Kementerian Pendidikan (KPM) agar bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar yang terlibat kebakaran semalam menerima Sijil Layak Menduduki (CF) dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, beliau percaya CF tersebut dapat disegerakan sekali gus membolehkan sesi persekolahan akan datang dilaksanakan di bangunan baharu berkenaan.

“Bangunan baharu dah ada namun tidak dapat digunakan kerana belum menerima CF. Saya akan bincang dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk mempercepatkan proses itu dan saya akan bawa isu ini kepada timbalan menteri pendidikan supaya kita boleh masuk ke bangunan baharu.

“Ini (bangunan baharu) dibina mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) jadi kalau ia dibina mengikutnya, saya fikir tidak menjadi satu masalah untuk mendapat kelulusan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat sekolah berkenaan di sini hari ini.

Difahamkan, bangunan baharu SJKT Ladang Ayer Tawar yang meliputi beberapa keperluan seperti kelas dan bilik guru telah siap pembinaannnya pada pertengahan 2023.

Media semalam melaporkan SJKT Ladang Ayer Tawar terlibat dengan kebakaran kira-kira pukul 11.20 pagi dengan kemusnahan akibat insiden itu mencecah 70 peratus. Ia meluliputi tiga bilik darjah, makmal sains, story penyimpanan barangan dan kantin.

Sivanesan berkata, kesemua 32 pelajar sekolah berkenaan akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga sesi persekolahan kali ini berakhir pada 17 Januari hadapan.

“Pihak sekolah akan menyediakan bahan pembelajaran dan ibu bapa akan mengambilnya dari para guru, sehinggalah 17 Januari ini,” katanya.

Tambahnya, segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh sekolah berkenaan juga akan disalurkan kepada mereka sebaik maklumat berkenaan perkara tersebut diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI