fbpx

KDN kenakan Perintah Larangan enam judul buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara judul penerbitan buku yang dikenakan Perintah Larangan oleh KDN.

PUTRAJAYA- Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas enam judul penerbitan buku berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 19 Disember 2024.

Enam judul buku itu ialah A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy; Lose You To Find Me oleh Erik J. Brown; Punai oleh Asyraf Bakti.

Selain itu ialah Scattered Showers oleh Rainbow Rowell; When Everything Feels Like The Movie oleh Raziel Reid dan What If It’s Us oleh Becky Albertalli dan Adam Silverra.

“Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.

“Ini penting bagi mengelakkan penyebaran ideologi atau gerakan yang bertentangan dengan budaya serta nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang majmuk.

“Dalam masa sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI