fbpx

JS-SEZ adalah inisiatif unik dan jarang ditemui di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar bersama Lawrence dan Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu projek kerjasama ekonomi antara dua buah negara yang unik.

Perdana Menteri berkata, inisiatif dan kerjasama dua buah negara itu jarang ditemui di mana-mana tempat dan bahagian di dunia.

“Ini adalah inisiatif yang unik dan sangat jarang kita lihat dua negara dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Anda boleh perhatikan mana-mana bahagian di dunia di mana dua negara memutuskan untuk bekerjasama, mempromosikan kedua-dua negara, menarik pelaburan dan membina hubungan yang kukuh,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong di sini hari ini.

Katanya, kebiasaanya kebanyakan negara mempunyai kejelasan dalam dasar ekonomi, serta pendirian atau dasar yang jelas untuk menarik pelaburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI