fbpx

Hujan berterusan selama 3 hari di 6 negeri bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan enam negeri termasuklah Sarawak bermula Jumaat hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, antara negeri yang diramal berdepan cuaca buruk itu adalah di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Selain itu, amaran hujan berterusan itu juga melibatkan seluruh negeri Melaka dan Johor serta beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI