fbpx

EPL: Slot akui Liverpool sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CODY Gakpo berjaya meledak gol pertama Liverpool untuk memadam kelebihan United yang membuka tirai jaringan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot enggan menuding jari kepada mana-mana pihak termasuk Trent Alexander-Arnold yang mendapat kritikan hebat ketika seri 2-2 dengan Manchester United, awal pagi semalam.

Slot menafikan prestasi kurang baik dipamerkan oleh Alexander-Arnold adalah disebabkan khabar angin yang mengaitkan pemain itu dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

“Saya fikir sembilan daripada 10 orang akan mengatakan berita perpindahannya beri kesan, tetapi saya adalah satu-satunya yang akan mengatakan sebaliknya. Apa yang memberikan kesan adalah dia terpaksa berdepan dengan dua pemain utama Portugal, Bruno Fernandes dan Diogo Dalot.

“Jika pemain seperti mereka berada pada tahap terbaik seperti yang United lakukan, pasti sukar untuk berdepan mereka. Saya fikir itu adalah lebih sukar berbanding khabar angin sepanjang minggu ini,” katanya.

Kontrak Alexander-Arnold berbaki enam bulan saja lagi dan dia dilihat bergelut untuk memberikan aksi terbaik termasuk gagal menghalang Lisandro Martinez ketika United membuka tirai jaringan.

Liverpool yang berjaya mempamerkan aksi dominan dalam beberapa perlawanan lalu juga dilihat bergelut untuk menguasai permainan terutama pada 15 minit terakhir sehingga menyaksikan mereka berdepan tekanan di bahagian pertahanan.

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool tercicir dua mata, namun masih memiliki kelebihan enam mata di puncak liga selain kekurangan satu lagi perlawanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI