fbpx

Cuaca buruk landa 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang melanda tujuh negeri sehingga petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Di Selangor, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya.

Keadaan yang sama turut berlaku di keseluruhan wilayah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

“Di Melaka, cuaca buruk ini diramalkan melanda Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Sarawak, kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat, dan Mukah), Kapit, Bintulu, dan Miri (Subis, Beluru, dan Miri) turut dijangka mengalami hujan lebat,” tambahnya.

Sabah turut tidak terkecuali dari ribut petir di kawasan seperti Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, dan Penampang), serta Kudat.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang, serta kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI