fbpx

Cuaca buruk badai Utara negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negari sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang bakal terjejas dengan cuaca buruk itu adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, ia melibatkan kawasan Sik dan Baling. Manakala di Pulau Pinang, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di kesemua kawasan,” katanya.

Keadaan yang sama turut menjejaskan Perak di Hulu Perak. Sementara di Sarawak, cuaca buruk bakal melanda Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Sabah turut tidak terkecuali dari hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seperti Sandakan (Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” tambahnya.

Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan di sekitar Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI