fbpx

Bomba guna anjing pengesan cari dua mangsa maut lori jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 42.1 LPT1 di Bentong

BENTONG – Dua lelaki maut selepas lori muatan besi dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Kilometer 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini malam semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu lori membawa muatan besi buruk itu terjunam ke dalam gaung dalam keadaan kepala terbalik sehingga mangsa tertimbus di bawah besi buruk dan tanah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bentong, Mohd Shafie Sulong berkata, pencarian mangsa terpaksa menggunakan anjing pengesan memandangkan mangsa tertimbus di dalam tanah dan di bawah timbunan besi buruk.

“Bomba mengeluarkan besi-besi dan menggunakan anjing pengesan bagi mengesan spot memandangkan mangsa tertimbus di dalam tanah dan besi.

“Mayat kedua-dua mangsa dikenalpasti pada pukul 5 pagi ini dan mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 7.45 pagi manakala mangsa kedua dalam proses untuk mengeluarkan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa pertama diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI