fbpx

Askar Israel cabut lari dari Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong berjalan di Estacao das Docas, sebuah lokasi pelancongan di Belem, Brazil pada 7 Ogos 2023. - AFP

BRASILIA  – Seorang askar Israel melarikan diri ketika bercuti di Brazil selepas mendapat tahu dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza.

Agensi berita United Press International melaporkan, askar yang namanya tidak didedahkan itu dituduh terlibat dalam operasi merobohkan rumah penduduk Gaza semasa perang Israel terhadap pergerakan Hamas.

Pihak berkuasa Brazil minggu lalu mengetengahkan kes itu berdasarkan aduan difailkan oleh pertubuhan pro-Palestin, Yayasan Hind Rajab (HRF). 

Menurutnya, jenayah itu adalah sebahagian daripada usaha meluas untuk menindas rakyat Palestin termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan lain yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Insiden  itu disahkan Kementerian Luar Israel kelmarin.

“Susulan percubaan hujung minggu lalu oleh anasir anti-Israel untuk menyiasat seorang askar tidak bertugas dan mengunjungi Brazil, Menteri Luar, Gideon Sa’ar segera mengaktifkan Kementerian Luar untuk memastikan bahawa dia tidak berada dalam bahaya.

“Sa’ar mengarahkan Bahagian Konsulat Kementerian dan Kedutaan di Brazil menemani askar itu sehingga dia selamat keluar dari Brazil,” kata kementerian berkenaan.

Pengumuman itu dibuat selepas HRF mengeluarkan amaran bahawa pihaknya  mempunyai maklumat Israel cuba menyeludup keluar askar itu susulan langkah penyiasatan terhadapnya.

“Ini bukan sahaja skandal tetapi penghinaan terhadap kedaulatan dan kedaulatan undang-undang Brazil,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI