fbpx

Alliance Bank perluas pilihan pembayaran dengan Samsung Pay dan Google Pay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kellee (tengah) bersama Previn (empat dari kanan) dan barisan kepimpinan Alliance Bank dan Samsung Malaysia pada gimik majlis pelancaran kemudahan pembayaran kad kredit Visa Alliance Bank menggunakan Samsung Pay dan Google Pay Visa di Tun Razak Exchange, hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Samsung dan Google untuk menyediakan pemegang kad kredit Alliance Bank Visa pilihan pembayaran mudah alih yang lebih meluas.

Kerjasama tersebut membolehkan pemegang kad Alliance Bank menambah kad kredit Alliance Bank Visa mereka pada dompet elektronik Samsung Pay atau Google Pay untuk membuat pembayaran tanpa sentuh di jutaan pedagang dari lebih 100 negara seluruh dunia.

Ini termasuk Kad Kredit Virtual (VCC) Visa Platinum yang menggunakan teknologi Nombor Kad Dinamik (DCN), membolehkan penggunanya menjana nombor kad sementara unik untuk kegunaan tunggal, atau pembayaran berasaskan langganan.

Dikuasakan teknologi Near Field Communication (NFC), Samsung Pay dan Google Pay membolehkan pemegang kad Alliance Bank membuat pembayaran tanpa sentuh yang selamat dengan peranti mudah alih Android.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, pihaknya sentiasa memperbaharui cadangan yang mengutamakan pelanggan untuk memberikan mereka lebih nilai dan kemudahan.

“Dalam dunia yang serba pantas hari ini, keselamatan dan kemudahan transaksi diutamakan apabila berurus niaga secara digital.

Kellee menerangkan kaedah ringkas untuk menambah kad kredit virtual Visa Alliance Bank pada Samsung Wallet.

“Dengan Samsung Pay dan Google Pay yang disepadukan merentas semua produk kad kredit Visa kami, termasuk VCC Visa Platinum dengan penjanaan nombor kad yang unik, pelanggan kini boleh menikmati tahap keselamatan dan fleksibiliti yang sama untuk pembayaran dalam kedai, seperti yang mereka lakukan untuk transaksi dalam talian.

“VCC dengan DCN, yang dilancarkan pada April 2023, telah memperlihatkan daya tarikan yang ketara dengan lebih 70,000 kad baharu diluluskan, menggariskan permintaan kukuh untuk penyelesaian inovatif dan mengutamakan digital,” katanya pada majlis pelancaran kerjasama hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemeroleh Global, Visa Asia Pasifik, Previn Pillay berkata, pihaknya telah menyaksikan lonjakan dalam penggunaan pembayaran tanpa sentuh di Malaysia.

“Hari ini, pembayaran tanpa sentuh mewakili lebih sembilan daripada 10 transaksi bersemuka Visa di negara ini, ia jelas menunjukkan bahawa pemegang kad di Malaysia menerima kaedah pembayaran yang lancar, selamat dan mudah ini.

“Kami akan meneruskan usaha untuk mengembangkan penerimaan pembayaran tanpa sentuh di negara ini,” katanya.

Sempena pelancaran tersebut, sepanjang tempoh kempen dari 9 Januari 2025 hingga 28 Februari 2025, pemegang kad Alliance Bank yang menambah kad mereka pada Samsung Wallet akan menerima e-baucar RM5 di peniaga terpilih.

Selain itu, 15 pengguna kad Alliance Bank yang berbelanja paling banyak menggunakan Samsung Pay dalam tempoh sama akan memenangi peranti Samsung menarik termasuk Galaxy Z Fold 6 (256GB), Galaxy Z Flip 6 (256GB), Galaxy Watch 7 (40mm) dan banyak lagi.

Pengguna Kad Kredit Alliance Bank Visa juga akan menikmati tawaran eksklusif Beli-Satu-Percuma-Satu di Inside Scoop apabila membayar menggunakan Samsung Pay atau Google Pay sehingga Mac 2025. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI