fbpx

200 anjing dikembiri, disuntik vaksin rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASLINDA (kanan) bersama doktor verterinar melakukan pembedahan kembiri ke atas seekor anjing liar. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sebanyak 200 anjing liar yang ditangkap di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dikembirikan dalam Program Kembiri Anjing Liar MBJB, hari ini dan esok.

Pengarah Kesihatan MBJB, Dr. Aslinda Salikin berkata, program yang diadakan buat kali kedua itu mendapat kerjasama Social Hero Foundation (SHF) dan Vet Partners Malaysia.

Katanya, seramai 21 doktor dan 16 jururawat verterinar termasuk wakil dari SHF dan 25 orang anggota MBJB terlibat secara langsung dalam program tersebut.

“Program kembiri anjing liar ini adalah merupakan siri kedua rentetan daripada program yang telah dilaksanakan pada Oktober lalu di mana sebanyak 219 ekor anjing telah dikembirikan dengan jayanya.

“Pada program kali ini, sebanyak 200 ekor anjing akan dikembirikan oleh doktor dan jururawat yang pakar dalam tugasan tersebut bagi memastikan segala proses berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Dewan Raya Taman Perling, di sini hari ini.

Aslinda berkata, anjing-anjing liar itu ditangkap di beberapa kawasan perumahan dan perindustrian susulan aduan awam yang diterima menerusi pelbagai platform aduan sama ada di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Katanya, anjing-anjing tersebut turut diberikan ubat kutu serta vaksin rabies sebelum diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat bagi tujuan penjagaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI