fbpx

‘Visit Malaysia 2026 libatkan semua negeri, jangan ada terpinggir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada berucap pada Majlis Pelancaran VM2026 di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian supaya tidak meminggirkan mana-mana negeri terutama dalam aspek pelancongan, pelaburan dan ekonomi sepanjang Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Perdana Menteri berkata, jika ia dapat dilaksanakan, unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi VM2026.

Beliau berkata, VM2026 adalah satu pendekatan baharu dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, sekali gus mencatat pertumbuhan pelancongan di seluruh negara.

“Saya minta semua kementerian memberikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan bidang pelancongan dan tentunya pelaburan serta ekonomi supaya tidak ada kawasan atau negeri yang tersisih dan tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran VM2026 di sini, hari ini.

Katanya, sasaran kehadiran 35.6 juta pelancongan yang bakal menjana pendapatan RM147.1 bilion itu disifatkan sebagai pragmatik dan realistik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI