KUALA SELANGOR – Sebuah lori tangki dan sebuah kereta hangus dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Pasir Penambang, di sini hari ini.
Insiden tersebut tular menerusi beberapa video di laman sosial dengan salah sebuah kenderaan didapati ‘tersepit’ antara kepala lori dan lori tangki.
Difahamkan, punca kejadian dikatakan berlaku disebabkan salah sebuah kenderaan membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi Kosmo! memaklumkan api telah padam sepenuhnya.
“Pemeriksaan masih dijalankan di lokasi kejadian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE