fbpx

[VIDEO] 4 cedera, 3 selamat kemalangan tiga kenderaan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

KUALA SELANGOR – Empat termasuk dua lelaki parah selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan yang terbakar di Jalan Besar Pasir Penambang di sini hari ini.

Kedua-dua mereka yang parah adalah pemandu lori tangki dan pemandu kereta jenis Proton Saga yang masing-masing berusia 37 dan 68 tahun cedera di bahagian kepala, leher dan tangan.

Mereka dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan selanjutnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, nahas kemalangan tersebut turut mengakibatkan dua lelaki yang berada di sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard cedera ringan manakala tiga termasuk dua kanak-kanak terselamat.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.19 petang dengan lapan anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan keseluruhannya. Ini meliputi kereta Proton Saga dan lori tangki membawa minyak sawit musnah 90 dan 80 peratus manakala MPV tersebut hanya 20 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi berjaya dikawal kira-kira pukul 2.31 petang.

Difahamkan, kemalangan berpunca daripada lori treler yang terbabas dan melanggar dua buah kenderaan sebelum menyebabkan kebakaran.

Terdahulu, Kosmo! online melaporkan sebuah lori tangki dan sebuah kereta hangus dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Pasir Penambang, di sini hari ini.

Insiden tersebut tular menerusi beberapa video di laman sosial dengan salah sebuah kenderaan didapati ‘tersepit’ antara kepala lori dan lori tangki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI