fbpx

Tuna sebesar motosikal harga hampir RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan tuna sirip biru seberat 276 kilogram dilelong di Pasar Ikan Toyosu di Jepun. - Kyodo

TOKYO – Seekor ikan tuna gergasi dilelong pada harga mencecah 207 juta yen (RM5.9 juta) di sebuah pasar raya di Jepun, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Jualan itu merupakan harga kedua tertinggi pernah dibayar dalam acara lelongan tahunan berprestij sempena Tahun Baharu di Pasar Ikan Toyosu, Tokyo. 

Rangkaian restoran sushi bertaraf bintang Michelin, Onodera Group menjadi pembida tertinggi untuk tuna sirip biru itu yang memiliki berat 276 kilogram. Ikan itu  juga menyamai saiz dan berat sebuah motosikal. 

“Ia merupakan ikan tuna pertama yang benar-benar membawa nasib baik. Kami berhasrat agar orang ramai dapat makan tuna ini. 

“Ikan ini akan dihidangkan di restoran kami serta restoran Nadaman di seluruh negara,” kata pegawai Onodera, Shinji Nagao. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI