fbpx

Titah Adendum: Pas berhimpun pertahan prerogatif Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri antara Ahli Parlimen yang hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya, bagi mendengar prosiding rayuan Najib berhubung Titah Adendum pada pagi tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KUALA TERENGGANU – Pas menyertai Perhimpunan Solidariti Najib bukan sekadar menyokong bekas Perdana Menteri keenam itu semata-mata, tetapi juga memperjuangkan integriti institusi diraja.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemimpin dan ahli parti itu berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini untuk mempertahankan kuasa dan prerogatif institusi Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Pas juga menyokong semua usaha Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan keadilan mengikut undang-undang secara sah.

“Isu Titah Adendum ini sebenarnya menjadi pengajaran besar kepada semua pihak khususnya Lembaga Pengampunan, mahkamah serta peguam.

“Ia bukan sekadar isu Datuk Seri Najib, tetapi lebih besar lagi harus ditangani sebaiknya dan berhemah agar ia tidak menjadi satu kes duluan (precedent case) bagi kes seumpamanya pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum di Mahkamah Rayuan hari ini.

Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan rayuan Najib selaku pemohon manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Sewaktu membaca keputusan terbabit, Mohd. Firuz berkata, mahkamah memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan atau dikembalikan ke Mahkamah Tinggi agar merit semakan kehakiman ini diputuskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI