GEORGE TOWN – Penduduk Kampung Rawa di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan di dalam Sungai Pinang, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terbabit kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
“Mangsa yang berusia 72 tahun dipercayai merupakan seorang gelandangan di kawasan berhampiran tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mayat lelaki tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE