PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporan cuaca pagi ini memaklumkan bahawa hujan sedang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
MetMalaysia memaklumkan keadaan ini sedang berlaku di Terengganu, Pahang serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.
Bagaimanapun, keadaan hujan tersebut dijangka beransur pulih dalam masa terdekat.
Menurutnya, cuaca di Sabah dan Sarawak pagi ini adalah cerah tanpa sebarang laporan hujan dan dijangka kekal baik sehingga ke lewat pagi.
“Pada sebelah petang, hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku di bahagian pedalaman serta utara Semenanjung.
“Di Sabah dan Sarawak pula, hujan lebat dijangka melibatkan kawasan Tawau, pedalaman Sabah dan bahagian tertentu di Sarawak,” katanya.
Orang ramai diminta untuk berhati-hati dengan perubahan cuaca yang boleh berlaku secara tiba-tiba. – KOSMO! ONLINE