fbpx

‘Tak patut kita pukul rata semua pelawak ambil dadah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afdlin berkata, tidak adil menghukum semua anak seni terutama pelawak hanya kerana perbuatan segelintir individu.

PETALING JAYA – Meledak isu selebriti tanah air terjebak dadah, penerbit dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menegaskan tidak adil menghukum semua anak seni terutama pelawak hanya kerana perbuatan segelintir individu.

Afdlin atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, isu melibatkan dua pelawak yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah baru-baru ini tidak wajar dijadikan alasan untuk memandang serong terhadap keseluruhan golongan tersebut.

“Dulu dadah selalu dikaitkan dengan penyanyi. Hakikatnya, masalah dadah tidak mengenal sesiapa malah melibatkan semua lapisan masyarakat, bukan hanya pelawak atau penyanyi.

“Tidak patut kita pukul rata dan anggap semua pelawak mengambil dadah.

“Ramai yang bekerja keras demi keluarga mereka tanpa terlibat dengan barang terlarang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon filem Papadom itu, orang ramai sepatutnya bersikap adil dan tidak terlalu cepat menghukum tanpa memahami situasi sebenar.

“Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Jangan terus melulu menghentam.

“Saya juga tak setuju apabila ada netizen mengatakan semua pelawak sama sahaja.

“Lebih baik kita mendoakan supaya mereka yang terlibat dapat berubah, memperbaiki diri, dan menerima keadilan yang sewajarnya,” jelasnya.

Pun begitu, Afdlin tidak menafikan kes-kes seperti ini memberi imej buruk kepada industri seni tempatan.

Namun dia tetap menyeru masyarakat agar lebih berlapang dada dalam menilai sesuatu isu tanpa melibatkan keseluruhan kumpulan individu yang tidak bersalah.

Baru baru ini, kecoh apabila seorang lagi pelawak popular ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di Jeddah kerana atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Terdahulu, pelawak Along Cham pula mengakui tidak bersalah atas kesalahan memiliki ganja dan kes sedang dibicarakan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI