fbpx

Suami, isteri maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan nahas yang berlaku di Jalan Seremban - Kuala Pilah, di Bukit Putus menghala ke Seremban, petang semalam.

SEREMBAN – Sepasang suami isteri berusia lingkungan 50an maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di Jalan Seremban – Kuala Pilah, di Bukit Putus menghala ke Seremban, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Proton Exora, Perodua Kancil serta Perodua Axia.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Exora yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun sedang bergerak dari Seremban menuju ke Kuala Pilah.

“Apabila tiba di lokasi kejadian dipercayai pemandu kereta telah gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta jenis Perodua Kancil dan juga kereta jenis Perodua Axia.

Keadaan nahas yang berlaku di Jalan Seremban – Kuala Pilah, di Bukit Putus menghala ke Seremban, petang semalam.

“Kesemua kenderaan terlibat terbabas ke penghadang besi sebelah kiri jalan arah ke Seremban. Akibat kemalangan ini, mangsa penumpang hadapan kereta jenis Perodua Axia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta jenis Perodua Axia juga mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohamad Hatta lagi, mayat mangsa pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Perodua Axia telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI