fbpx

SJKT Ladang Ayer Tawar musnah 70 peratus akibat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di SJKT Ladang Ayer Tawar di Sitiawan pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

LUMUT – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar di Sitiawan di sini yang terlibat dengan kebakaran pagi tadi musnah sehingga dengan 70 peratus ekora insiden tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran di sekolah itu pada pukul 11.52 pagi.

Katanya, kebakaran itu melibatkan tiga buah kelas, sebuah makmal sains, sebuah stor peralatan dan kantin dengan kadar kemusnahan ialah sebanyak 70 peratus.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati keadaan api tidak marak dan terkawal.

“Sewaktu kejadian berlaku, hanya terdapat beberapa orang guru dan pelajar yang berada di sekolah tersebut dan tiada mangsa mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Sabarodzi berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota melakukan pemadaman.

Beliau berkata, pemadaman menggunakan satu aliran 30 meter satu pancutan dan satu aliran salur bantu mula bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tamat pada pukul 1.59 petang,” katanya yang turut memaklumkan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar, BBP Sitiawan, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ayer Tawar, PBS Pantai Remis dan Bomba Komuniti Manjung terlibat dalam operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI