fbpx

Serbu port ketum jumpa ‘machine gun’ tiruan, pedang samurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air ketum yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah kediaman di Bayan Lepas.

GEORGE TOWN – Polis merampas dua senjata api tiruan termasuk pedang samurai dan kerambit selepas menyerbu sebuah kediaman pasangan suami isteri yang dipercayai dijadikan ‘port’ memproses air ketum di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi tadi, suspek lelaki tempatan berusia 47 tahun bersama isteri keduanya berusia dalam lingkungan 30-an turut ditahan di kediaman jenis teres berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Nermaljit Singh Bakhtawar Singh berkata, pemeriksaan awal ke atas kediaman yang didiami pasangan terbabit telah menemui 600 bungkusan air ketum yang siap diproses untuk diedarkan kepada pelanggan.

Nermaljit (kiri) menunjukkan senjata api tiruan dan ketum yang dirampas di kediaman suspek di Bayan Lepas, hari ini.

Menurutnya, hasil serbuan lanjut di dalam rumah tersebut turut menjumpai pelbagai senjata bahaya yang disimpan suspek terbabit termasuk dua senjata api jenis ‘machine gun’ tiruan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek memaklumkan senjata terbabit adalah untuk jualan dalam talian.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam pelbagai jenayah lain termasuk kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

“Dalam pada itu, suspek yang bekerja sebagai penghantar e-hailing juga mengaku menjadikan rumah tersebut sebagai lokasi pemprosesan ketum dengan pendapatan RM8,000 sebulan,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI