fbpx

Saya sebagai ‘Anak Zahid’, syukur doa kami dimakbulkan – Nurulhidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Nurulhidayah ketika hadir mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum, di Istana Kehakiman, hari ini.

PETALING JAYA – “Untuk hari ini, saya sebagai ‘Anak Zahid’, sangat bersyukur kerana Allah kabulkan doa daripada kami yang tepat pada masa untuk dijawab oleh Allah”.

Itu ungkapan anak perempuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, susulan Peguambela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, hari ini mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum membenarkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Nurulhidayah berkata, kebenaran itu tetap wujud walaupun lambat.

“Ramai mengata Zahid Hamidi menipu pasal addendum. Sebagai anak kita diam. Balas bila perlu dan yang berkenaan sahaja. Bukan semua benda perlu dikongsi.

“Mereka yang berkenaan, hanya memilih untuk dengar apa yang mereka nak dengar sahaja dan cuma faham apa yang mereka nak faham, bukan apa yang mereka perlu faham,” katanya menerusi media sosial miliknya.

Tambahnya sebagai anak, tetap perlu berdoa kepada kedua-dua orang tua.

“Anak siapa pun kita, tetaplah berdoa untuk kedua orang tua kita. Doa kita pada mereka, adalah hadiah yang terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

“Allah Maha Baik. Alhamdulillah untuk hari ini. Semoga ada sinar untuk hari-hari yang bakal mendatang,” ujarnya.

Terdahulu, Ahmad Zahid telah mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran di Mahkamah Rayuan bagi memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kewujudan Titah Adendum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI