fbpx

Sabah tidak akan laksana hukum sebat di khalayak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan hukum sebat di khalayak selepas seorang tertuduh, Mohd Affendi Awang selesai menjalani hukuman dari dewan sebatan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Terengganu pada Disember lalu.

PETALING JAYA – Kerajaan negeri Sabah tidak akan sama sekali melaksanakan pelaksanaan takzir sebatan secara terbuka di khalayak ramai.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif susulan kenyataan Mufti negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menerusi sebuah akhbar tempatan pada 3 Januari lalu yang bertajuk ‘Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai’.

Jelas Mohd Arifin, kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa kenyataan Ustaz Bungsu merupakan pendapat dan pandangan peribadi beliau dan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan negeri.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman yang sedia ada terhadap kesalahan takzir. Takzir merupakan hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak.

“Kerajaan negeri tidak akan melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di negeri Terengganu, baru-baru ini, memandangkan Sabah merupakan negeri yang unik, terdiri daripada berbilang kaum dan agama, serta keharmonian agama, toleransi dan persefahaman menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman dan harmoni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berharap perkara tersebut tidak terus menjadi modal politik atau menjadi bahan perdebatan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan suasana yang kurang harmoni.

“KIta berpegang prinsip Fiqh Sabahi yang juga diperkenalkan oleh Mufti Sabah iaitu fiqh kebijaksanaan dan hikmah dalam pergaulan, menjalin hubungan dan bermasyarakat dan menjalankan nilai dakwah dan syiar Islamiah berdasarkan kehidupan pelbagai kaum dan agama di Sabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI